Wednesday, November 30, 2005


hati

hahhaa..rasa rindu tahap gaban kot. dari pagi tadi until now lagu ni stuck kat kepala aku..
Im going crazy crazy crazy Jus thinking about u lately
Im going crazy crazy crazy Jus thinking about u baby
Im going crazy crazy crazy crazy Thinking about u lately
Im going crazy crazy (crazy crazy) When i cant touch you
Crazy crazy (im going crazy) When i cant hold you
Crazy crazy When i cant see u again...

dia kata nak belanja saya mexican food. mungkinkah makanan itu ialah bandito KFC? hmmm... tapi encik bandito lagi tembam dari dia. jaga makan! jaga badan! lalalala


i buzzed off11:13 AM: |
_____________________________________________________________________________

Monday, November 28, 2005


ofis

last week bos panggil nak tgk keja aku. aku terangkan sesket tapi aku cakap terus terang aku tak reti bab designing. hmmm..kalau aku ada sekadar MS Paint, adakah korang budget aku boleh hasilkan image se-smooth adobe photoshop? lallalaaa...

aku tanak citer banyak sangat tapi ofis ni akan dipenuhi suku sakat bos tak lama lagi. kronisme melanda. bila dah jadi camtu, banyak le impak negatif dia.


i buzzed off9:05 AM: |
_____________________________________________________________________________

Tuesday, November 22, 2005


weekend

jumaat tu masa tunggu bas nak pi larkin, baru pasan diri ini terlupa nak charge handphone dan turut terlupa nak withdraw duit. zass amik cab. sampai larkin beratur kat ATM then pi charge hp. bas tu bergerak perlahan sesgt. pukul 1.00 lebih baru sampai. sabtu pulak bersiapnye awal dah. pukul 8.30 dah siap. tapi lepas menyapu, kemas bilik, cuci pinggan, dekat pukul 10 baru kuar. notetoself: kot ye pun excited, jgn cepat sgt bersiap. lepas beli tix balik, pi jenjalan. sgt happy. sampai balik. parking kena rm20.50. mahalnya. rasa guilty plak sebab aku yang ajak pi jenjalan kat situ utk kali ni punya outing. malamnya pi open house balik pukul 1.00 pagi. 2 malam berturut2 tido lambat. ahad ada yg ajak pi open house, ada yg ajak lepak kedai, makan2, borak2. tapi aku pilih breakfast and open houses. malangnya, bfast tak jadi. open house pun sempat pi satu je. tapi menu best- sate. barbeque raya di precint 9, putrajaya. rumah kawan kepada kawan pakcik aku. hahhaha. got it?
so weekend aku nak dikategorikan as drama melayu ke hindustan ke aku tak tau la. klu hindustan, org kata hero kena kalah dulu baru menang. aku? happy, happy, happy then sedih tahap gaban. ape yg sedih tu..hehhe.takpe. ada lagi upcoming weekend utk make the sedih things up. can cover balik. weee....

Aimer, ce n'est pas regarder l'un l'autre,
c'est regarder ensemble dans la même direction.
To like, it is not to look at each other,
it is to look together in the same direction.

owh..on monday, aku dapat tau aku dapat highest mark utk ujian bahasa perancis dalam kelasku *cough*cough*


i buzzed off4:32 PM: |
_____________________________________________________________________________

Friday, November 18, 2005


ache feeling of missing someone

I haven't got much things to write. Owh well. I've been emotionally hurt in the past and the idea of getting the risk to be hurt again in the future is so spooky. But I'm happy with my life now and hoping for a better life is not a sin, kan? Of course, there's still the risk on the ground tapi nak buat camne. I'm flying yet still I can feel my leg is touching the ground. Pelik pelik.

I hope my life would be blessed with happiness. Hey, it's friday and I shouldn't feel gloomy. Esok, lusa tak keja. yay! Have a nice weekend everyone. Mine would definitely be an eventful one. hehe


i buzzed off8:31 AM: |
_____________________________________________________________________________

Thursday, November 17, 2005


workstation

dear pc,
i know i suppose to finish doing my work before the weekend. but yesterday u made me panic when some of my pages didn't load normally as usual. today as i ready to check my coding, u buat muka cute plak by displaying it all smoothly. so i should say, nice pc, nice server. nak kena puji ek? ok ok. saya paham.

i got miserable these past few days. i kind of reluctant to talk to any human being so i choose to talk to you instead. i'm broke today as i pass some of my money to a friend. i hope God still loves me as before and protect me from other thing that might add to my miserably mind.

hey, i should stop talking to you. otherwise people might think i'm crazy. i can assure you i'm not. see..i'm not talking to you anymore. ahahaha.. owh well.

shouldn't be too miserable. afterall, it's thursday.


i buzzed off1:01 PM: |
_____________________________________________________________________________

Monday, November 14, 2005


pening

When someone you care for is away, you miss that person and think about them often, and that feeling makes you want to be with them even more. ok, ok..enuff said. A man in my position can't afford to be made to look ridiculous! hahhaa..ada macam godfather tak?

it seems like there are so many things keep bothering my mind. dapat mimpi yang eventfully banyak tapi punya la tak best. i cant remember any tapi yg aku tau tak best. membosankan je.

last weekend went back to parents house. some relatives came for hari raya visit. jumpa la jugak sedara. tapi weekend ni memang nak pi rumah depa pun. it was my mak su's birthday! haih.. camne la boleh tak ingat. well actually, i'm not that close nak ingat birthday suma2. lucky me, masa mak su gitau tu, dia cakap, "takpe, pakcik pun lupa" fuhhh... before she attacks me, making me feel guilty, i think she'd attacks my pak su first la kan? hahaha.

last week i bought a pair of jeans for my sis. she's 11 years old. so i tot jeans for 12 years old kid might suits her. bila balik rumah, mak cakap keciknyaaaa...nape beli kecik2 ni. adik awak kan dah besar. tak ukur dulu ke..bla bla.. down gile masa tu.

malam tu mak cakap lenkali nak beli utk adik, awak ukur kat leher awak dulu. aku pun ukur la kat leher aku jeans tadi. memang muat la kan. salah adik la sebab makan telur banyak sangat. mak pun admit, ok aku tak salah. adik memang bersaiz budak tingkatan tiga.

so last nite pi kedai jeans tu balik, minta tukar saiz. aku amik size 14 years old. lepas ni aku insaf nak belikan apa2.

keja aku dah siap sebenarnya..tapi takut nak jumpa bos. aku ingat nak admit yg aku taknak buat web designing. bukan bidang aku. web programming ok. tapi takpe la. aku nak tambah sesket. nak tambah search engine n beberapa data manipulation sket. biar byk function.

arif balik dari bercuti arini kot. malam kelmarin dia tanya, dalam banyak2 kaler, kaler apa yg aku paling suka. harap2 dia belikan jacket from paris. yay! bestnye kalau dapat jacket macam yang aku suka tu. tapi aku rasa tak. takde org pun tau aku admire jacket skang except liza. ok..skang korang dah tau. tapi still korang tak tau design jacket yang camne, kan? hahahhaha.


i buzzed off8:50 AM: |
_____________________________________________________________________________

Wednesday, November 09, 2005


botol

the other day aku balik rumah after work, aku perasan bekas susu aku dah dalam tong sampah. aku tanya sape yang buang tapi sorang pun tak ngaku. so malam tadi aku beli bekas baru.

semalam balik keja sneakers puma buruk aku ada kat luar pintu rumah. uih?? sape pakai kasut aku ni? roommates aku pun confuse. takkan aku pakai sneakers pi keja. kalau hari sabtu logik la. peh tu, sneakers tu aku letak kat kabinet kasut kat dapur. tempat 'stor' kasut. bukan kat kabinet luar. kasut tu dah 'bersara' dah dekat 6 bulan dah. tiba2 'kerja' balik. tu yg confuse. hahaha.

lepas satu, satu..malas aku nak layan. suka hati kamu la. yang penting, aku dah ada bekas baru. yay! jgn kena buang lagi, sudah. masa pi beli botol tu, jumpa bekas buat isi ikan emas jugak. comel sesgt. mmg suka kat balang tu. hmmm..takpe la.. karang kalau beli tak tau nak letak mana plak.


i buzzed off9:32 AM: |
_____________________________________________________________________________

Monday, November 07, 2005


akhiri dengan indah

hahaha..lambat gile entry raya aku. actually before balik beraya memang ada niat nak buat entry, wish happy hari raya, minta maaf, citer about my preparation to all. tapi sebab keja aku yang aku upload bermasalah, so aku settlekan keja aku dulu. bila dah settle tu tgk2 dah tengahari. aku yang ketika itu dalam mood balik kampung yg sgt maxima, zasss le balik.

hari sebelumnya, aku pi world of cartoon, nak buat amal. hahhahha. aku survey blouse utk adik aku. diskaun la konon. aku pi la yang kat 50% discount. aku dah budget2 oh baju2 ni sure kena rm40 something. pasal discount kan. aku amik la 3 helai. sekali kena rm94 something. nak kata trauma tu, terkoma le kejap. mujur aku bawak rm300. gile punya sale. baju discount 20% dia letak kat less 50%. patut la cute semacam je blouse tu. kalau aku tau aku borong kat kedai Anakku tadi. eh..macam mak2 plak aku rasa. anyway..kesannya adik aku senyum hampir2 sampai telinga.

hari ini..jeng je jeng...sebab aku tercepat balik beraya, aku baru je dapat duit raya aku kat ofis. huhhuu..ok la kan.

semalam, sedih je nak balik jb. iyelah, dah seminggu dok membongkang kat rumah. bangun lambat, makan, tido awal. syukur dapat mak yang penyayang, baik hati, cekal dan tabah. hahahha. mak aku le yg memasak2 utk berbuka. hari pertama cuti, long ngan mak kemas rumah. aku ngan adik bagi morale support. hari kedua aku bangun je kek dah dibakar. mak cakap along tolong mak buat kuih. hari ketiga yeah aku bangun awal k? aku la yang anyam ketupat. huhhhuuu..along takde can nak tolong. oh ye..along aku lelaki tau. walaupun dia memang selalu bangun awal dari aku tapi aku tau..aku lagi pantas menganyam ketupat dari dia. lalalalala...

hari2 cuti aku penuh dgn makan tido je. takde malay movie marathon, takde menonton tv, takde melihat orang menanyi2 lagu raya tahun ini pasal long dan adik main PS dari pagi sampai petang. mak plak sgt rajin buat cookies. aku lom start cuti, cookies sume dah siap buat. aku cuma bawak balik kuih tart dari maker yg aku suka. long plak bawak kerepek dan kuih2 yg dia dapat free. aku tak pasti maksud free dia tu, kuih sample atau ada awek cuba tackle dia menerusi kiriman kuih raya. sebab kalau sample..takkan boleh dapat sampai satu balang? hmmm..biarlah.

pi beraya rumah kawan baik abah. wife dia buat kek sarawak 4 jenis. aku suka kek belacan tu. nama je belacan, takde bubuh belacan. nama dia tak best, kan? tapi sedap sebab kek tu kek coklat. mak aku pun buat kek lapis gak. kek lapis tun razak. tapi bila sedara2 tanya kek apa, aku cakap kek mawi. hahaha..laju je adik aku makan. tapi along dgr je nama mawi terus tanak. lejuk (jemu) kot dgn sana sini citer mawi.

ari sabtu lepas arif sms, cakap kawan dia ajak beraya pi rumah mawi. dia tak pi. mawi bagi rm10 kat member yang pi tu. hahaha.

tak tau la sebab iklan mamee mawi ke apa, mak plak complaint mee maggie dah tak kenyal. ahad masa nak anto aku naik bas balik jb, pi la cari mamee..mamee muka mawi dah abih. tinggal mamee amylea dgn felix. mamee kari tanpa muka mawi ada byk la pulak. so mak amik la yg takde mawi tu pasal mak mmg nak mee kari. aku amik yg muka felix pasal aku makan mee segera perasa ayam je.

pagi tadi cam bosan je nak pi ofis. tengahari tadi, kalau tak sebab lapar, aku malas nak kuar dari ofis. aku pi jugak bakery beli pizza. bila naik ofis aku teringat pasal kad raya. terus call admin aku yg MC, minta kunci mailbox. pi kutip surat n jeng je jeng..kad raya utk aku. cute sesgt. suka. aku plak senyum hampir2 sampai telinga. hehehhee...

so arini indah juga.


i buzzed off5:28 PM: |
_____________________________________________________________________________

previously


tag me!



I've got


credits