Wednesday, December 28, 2005


i'm back

sorry for my late update. i'm catching up with my offline life. the news is i'm leaving my current company to open a new book in career and life. dah lama sangat terperuk kat sini, tak berkembang.

setelah fitnah dan tohmahan dan kutukan yang dikunyah, hari ini, pada hari terakhir aku berkhidmat, bos beri aku testimonial dan offer ala2..ntah mimpi kot, dia soh aku freelance tapi attend keja kat ofis. hmm..kata tak suka keja aku. lain maciammm je.

aku pun tak start keja tempat lain lagi. tapi mak su dah call ajak lepak rumah dia celebrate new year. ada orang tu cam dah plan nak celebrate sesama. mampukah aku diculik malam itu?? hahaha..tengok la skill sapa lagi terror.

so far aku dah apply online dekat 100 ada kot termasuk thru jobstreet.com. biasa la cari keja. lagi 3 jam aku free bagaikan burung. cewah cewah. hahahha

thanx aku ucapkan kepada kawan2 aku, lin, zam, liza, zahriel, walad, kak su, arif..lagi sapa eh? sume2 la yg tolong carikan aku keja and pi tanya2kan kepada rakan2.

kewangan agak tight so langkah paling jauh aku leh susuri umah mak su aku je. hahaha.

doa2lah kebaikan utk aku ye. sorry kalau aku ada buat salah. bubye.


i buzzed off2:32 PM: |
_____________________________________________________________________________

Tuesday, December 13, 2005


iron

IRON!!! if you burn even one more piece of my clothes you are no longer my friend!

sometimes I wonder is the world having a conspiration against me now? *sigh*


i buzzed off9:02 AM: |
_____________________________________________________________________________

Friday, December 09, 2005


resign

"en.syed, ni surat resign saya"
maka hari ni dgn berani campur terketar2 aku telah mensubmit surat perletakan jawatan aku dgn notice sebulan backdated, started from 1st december.

cuti aku ada lagi balance 4 hari, bos ....erm..bakal bekas bos kata boleh habiskan.

this is an experience. tak pernah mimpi yang aku sendiri yang akan letak jawatan. i'm scared of uncertainties in future. tapi kalau nak ikutkan, hidup ni pun penuh dgn ketidaktentuan.

kalau orang tgk aku, mesti confuse. kejap sedih, kejap seronok. aku cam sedih sebab takut tak dapat keja lain, takut susahkan hati mak abah aku. aku seronok sebab aku takyah tension2 dah. oh ye, bos cakap kompeni nak lingkup dlm masa 6 bulan. sebab tu dia soh aku resign. tapi aku syak dia nak amik anak sedara dia keja, gantikan tempat aku. aku ada dengar desas desus camtu.

hmmm... logik gak. patut la bila aku minta installer photoshop, flash or swish nak install kat pc aku dia tak bagi.

budak rumah aku plak sedih je aku nak pindah. baru korang tau betapa sayangnye korang kat aku. heheh (ayat riak, kasi can kejap ek?)

aku nak cari keja kat kl tapi tak tau la ada rezeki ke tak. pastu kan, kat rumah sewa skang ni banyak plak barang aku. kat dapur, kat ruang tamu, kat bilik. haihhh..camno nak mengangkutnya..eh, banyak plak aku nak pikir. dapat keja pun blom. hahahaha.

enough said. so, ok la. kalau aku 'cuti' panjang, sesapa yg offer nak belanja aritu, sila la menampilkan diri. hahhaha. aku sangat free utk memeuhi segala undangan. huuu yeahhh...


i buzzed off9:29 AM: |
_____________________________________________________________________________

Wednesday, December 07, 2005


waiter

malam tadi lepas melawat nuar, kawan liza kat hospital pakar johor, pi makan kat kedai depan hospital tu.

waiter: nak minum apa?
liza: teh tarik satu. bang, soto ayam ada tak?
waiter: ada
aku: saya nak soto ayam satu
waiter: saya tanya minum, order air dulu.
aku: (ciss..)ooo..saya nak teh tarik la.
liza: saya nak nasi goreng
waiter: eh? tanya soto tapi order nasi goreng
aku: yang nak soto tu saya. skang dah boleh order makan? saya nak soto.
waiter: ok

tak lama kemudian soto pun sampai
aku: eh, tadi saya order air dulu. kenapa soto yang sampai dulu?
waiter: alamak..aku kena balik!

padan muka ko :P


i buzzed off2:33 PM: |
_____________________________________________________________________________

Monday, December 05, 2005


KUALA KANGSAR
naik bas ke kuala kangsar dari jb pukul 10.15 pm. sampai sana pukul 6.30 pagi. dgn credit yang seciput ternyata Digi begitu dengki padaku. ada ke dia telan semua credit aku. bila aku reload, dia telan separuh plak. haduhhh..masak. seb baik boleh lagi nak sms yus, minta dia jemput. sampai rumah yus, separuh dari isi rumah dah bangun. aku cam terlupa yang aku belum solat subuh. oh tak sempat nak tido pun walaupun majlis start pukul 12. lepas breakfast, belek2 hantaran,iron baju, sedara2 dah start mai. tgk2 dah pukul 11. kek yang ditempah pun dah diamik. tambah dgn 3 lagi kek yang sedara2 bagi. yus menggelabah nak cari ribbon biru, nak hias kotak kek. lagi setengah jam pukul 12. pihak lelaki dari kedah dah sampai KK. dia break down sekejap sebab cari perkakas nak gubah2 tak jumpa. i gave her a pat. bawak bersabar...pi salin baju. takde riben pun takpe. it's ok. mungkin sebab tak cukup tido dan kepenatan she acted a bit cranky masa tu... 'calm down dear, this is you big day'.
masa yus bersiap, aku dok susun hantaran kak yani masuk bilik Tok. oh..the date is coincided with kak yani's akad nikah. tapi kak yani punya agenda starts at 2.00 pm. Another As, kawan kak yani tegur aku that i should get dressed too. camne nak salin bajunya, budak2 kecik lelaki dok melepak kat bilik tu. aku minta diaorang kuar. tapi ada sorang tu cam liat nak kuar. isk! tanak le aku cam selamba salin baju depan dia. seb baik masa aku tarik tangan dia kuar bilik, dia nak kuar.

lepas dah siap2, teman yus kat 'bilik menunggu'. agak hangat juga terasa bahang tengahari masa tunggu discussion kedua belah pihak tu habis. aku tak dgr apa2 pun pasal dok borak dgn yus. depa diskas kat living room. amik gambar serba sket sambil menunggu acara sarung cincin. lepas settle kat bilik tu, pihak lelaki tgh makan, kami amik gambar hantaran plak. bila semua dah balik, tunggu yus salin pakaian, kami plak makan. masa tu rombongan ajai, pengantin lelaki utk kak yani mai.

masa upacara kak yani, aku just duduk je tak amik gambar. ntah la. rasa penat plak. masa tunggu ajai akad nikah, mengantuk nauzubillah...tak tau nak gambarkan cemana. aku risau aku tertido je. seb baik leh bertahan. lepas tgk upacara membatalkan air sembahyang kak yani, aku masuk bilik tok dan tido.

ohh thanx to someone for sharing his Digi talktime credit with me.

KUALA KANGSAR II
malam tu lepas makan kek, nasi dan laksa, tgk DVD. masuk tido kat bilik pukul 2 kot. pagi lepas solat subuh, tido balik. yus kejut soh breakfast. aku buat bodo je. sampai la kali ketiga. aku cam confuse gak asal la dia beriya2 kejut aku breakfast. masa aku tgh lipat selimut kak ika plak panggil.bila aku pi dapur...astagfirullahalazimm..camne la aku bleh lupa breakfast time memang semua org breakfast bersama2. so depa mmg tunggu aku jek. isk! terasa aku sungguh menyusahkan orang.
lepas breakfast sambung lagik tgk DVD. so aku lambat lagik nak pi KK, hantar kak yani dan rakan2. depa nak pi penang, tgk baju pengantin. aku plak beli tix ke KL. sempat la gak merasa laksa KK lagi kat Lembah. pusing2 KK, tgk istana (dari luar), tgk muzium etc. lepas tu balik rumah, sambung lagi tgk DVD. sampai le ada sedara yus datang. aku pun pi la tido kat bilik.

bangun tido terus pi makan nasi ngan nenek yus, Tok. lepas makan, mandi, siap2 nak pi KL. yus hantar sampai kat bus station KK. masa duduk dlm bas, parents yus pun sampai gak kat situ. terasa seperti dihargai masa tu. kecik plak rasa diri ni sebab aku tak menyumbangkan apa2 pun...mengabiskan beras rumah yus ada la. isk! malunye.

bas tu plak boleh la dia lalu sg siput, chemor blabla. memang lalu rumah yus balik. ciss..masa kat sg. siput dia siap tunggu orang lagi pasal ada sorang tu dah beli tix tapi tak sampai2. ada dua beradik, budak perempuan cute n parents dia dok seat depan aku. memula aku rasa kiut la. bila dah sejam perjalanan aku rasa depa annoying pasal tak berenti2 bercakap dan terjerit2.

sampai KL pukul 9 lebih. dalam kekalutan nak pi kereta, terjumpa abang ifa plak. adehh..abg long cam insist nak ajak berborak. dem la aku nak cepat. aku zass je. ala...kalau dia bukan tgh menunggu bas pun aku rasa takde la heran mana dia nak borak ngan aku.

KL
dua hari kat KL. date, pass barang kat kawan yus, dan teman makcik berjalan2. tanak elaborate banyakla cuma aku rasa semua orang sayang kat aku sebab tu aku tertinggal bas. aku sayang kat semua orang gak walaupun aku rasa cam keji la bila orang buat aku tertinggal bas. ni kali kedua makcik dan pakcikku buat aku tertinggal bas. takpe la. dah takdir.

banyak interesting part yang aku skip. macam excitednya aku masa yus nak bertunang, date aku (hahaha), pi majlis kawin steward+stewardess kat bandar tasik selatan (the sights perghh...'silau' beb. hahaha), pi shopping ngan makcik kat midvalley (cek2 gaji dah masuk. aku habis rm400! uwaaa... tue pun hampir2 nak terangkut sony DVD player yang kiut tapi aku tak amik pasal nanti bulan ni aku nak makan apa plus tak beli pun aku dah kena bawak beg 2 tgn dgn satu beg baju nak balik JB) dan aku memilih utk citerkan semula secara datar je. asal? ntah. sebab time of the month kot. but kepada yang tahu, all in all kalau boleh aku nak reexperience lagi semua2nya. sayang kat korang (you know who you are).


i buzzed off12:55 PM: |
_____________________________________________________________________________

previously


tag me!



I've got


credits